Isnin, 20 Jun 2016

Filled Under:

Rumah Tidak Berpenghuni Sejak 1956 Yang Amat Memeranjatkan

gambar rumah berhantu.jpgRumah Tidak Berpenghuni Sejak 1956 Yang Amat Memeranjatkan
Rumah ini tidak berpenghuni sejak 1956, namun selepas pemilik baru pindah masuk, apa yang ditemuinya amat memeranjatkan!
Cuba anda bayangkan rumah yang ditinggalkan selama 54 tahun dan tiada penghuni di dalamnya. Sudah pasti perkara pertama yang dibayangkan adalah rumah itu berhabuk, buruk, busuk dan dipenuhi dengan sarang labah-labah. Anda mungkin silap jika beranggapan sebegitu!
Pada tahun 2010 seorang pereka perabot Amerika yang bernama Nathan Chandler telah membeli sebuah rumah yang tidak didiami sejak tahun 1956. Usia yang cukup lama tidak didiami oleh penghuni iaitu selama 54 tahun.
Secara logiknya, mesti kita terbayangkan akan menjumpai banyak habuk dan sampah seperti dalam rumah-rumah lama. Namun, perkara sebaliknya berlaku apabila pemilik baru itu mendapati semua tempat terutamanya dapur, dalam keadaan baru dan sempurna. Menakjubkan!
Pemilik sebelumnya telah membina rumah yang dilengkapi dengan perabot rumah, tetapi tidak pernah menetap di sana. Alangkah beruntungnya pembeli ini kerana mendapat sebuah rumah yang cantik dan perabotnya tidak pernah disentuh walaupun berusia 54 tahun.
Mungkin anda tidak percaya jika sekadar membaca sahaja artikel ini. Gambar di bawah ini mungkin boleh membuatkan anda percaya dengan kisah ini. Sungguh cantik bukan?
rumah mewah1.jpgrumah mewah10.jpgrumah mewah11.jpgrumah mewah12.jpgrumah mewah13.jpgrumah mewah14.jpgrumah mewah15.jpgrumah mewah9.jpg
rumah mewah16.jpgrumah mewah2.jpgrumah mewah4.jpgrumah mewah5.jpgrumah mewah7.jpgrumah mewah8.jpg
rumah mewah3.jpgrumah mewah6.jpg
Bagaimana sekarang, adakah anda percaya dengan berita ini? Kami 100% percaya setelah melihat kepingan gambar ini. Bertuah sungguh tuan punya rumah ini.




0 ulasan:

Catat Ulasan