Khamis, 21 Julai 2016

Filled Under:

Didakwa Perlekehkan Kerjaya PTD, Ini JAWAPAN BALAS Mira Filzah Bikin Panas!

mira1
Siapa tidak kenal dengan pelakon Mira Filzah yang kini makin popular. Namun, yang menjadi isu apabila baru-baru ini Mira berkongsi serba sedikit dengan majalah In Trend mengenai pencapaian akademik beliau.
Pada masa yang sama Mira mendedahkan bahawa dia tidak mahu terikat dengan kerja di pejabat kerana menganggap kerjaya itu sebagai sesuatu yang membosankan buat dirinya.
Gara-gara kenyataan beliau itu, ramai wanita yang bekerja di pejabat mengkritik beliau kerana mereka menganggap bahawa Mira tidak tahu realiti yang sebenar. Berikut komen mereka.
Didakwa Perlekehkan Kerjaya PTD, Ini JAWAPAN BALAS Mira Filzah Bikin Panas!
Susulan itu, demi meredakan keadaan yang keruh ini Mira telah memuat naik satu status di laman Instgram miliknya untuk menperjelaskan keadaan sebenar. Ikuti penjelasan dari Mira.
 
Didakwa Perlekehkan Kerjaya PTD, Ini JAWAPAN BALAS Mira Filzah Bikin Panas!
Di sini Mira nk JELASKAN sedikit isu disini isu ‘terperap’ yg disalahertikan di sebuah blog. Kenyataan Mira telah disalah ertikan oleh pihak di atas. Mira TAK PERNAH MEMPERLEKEHKAN kerjaya sebagai PTD. 
 
Pada Mira PTD adalah salah satu pekerjaan yg mempunyai kerjaya yg masa depan yg cerah. Byk peluang untuk berkhidmat dlm pelbagai agensi dalam dan luar negara. Malah, Mak Mira sendiri menggalakkan Mira utk mohon jwtn PTD sebaik shj tamat pengajian. Tak kan seorg ibu nak menggalakkan perkara yg tidak baik?
 
Cuma masing masing ADA keinginan/kesukaan/minat sendiri. Dan Mira bukan seorang yg suka bekerja dlm waktu pejabat atau waktu yg telah ditentukan. Kadang2 suka kerja pagi, kdg2 mlm, kdg2 sampai 24 jam. ITU SAHAJA.
Dan Mira percaya ramai lagi diluar sana yg ada persamaan mcm Mira. Harap kenyataan Mira tidak putar belit dan disalahertikan hingga seolah2 Mira memperlekehkan satu kerjaya tersebut yg menjadi TULANG BELAKANG pentadbiran negara kita.
 
HARAP MAKLUM dan harap jgn ada pihak yg salah erti kenyataan Mira.
Terima kasih.
 
Semoga isu ini tidak dibesarkan lagi. Mungkin mereka tersalah erti kenyataan Mira itu. Apapun, moga Mira tabah hadapi dugaan ini




0 ulasan:

Catat Ulasan