Jumaat, 5 Ogos 2016

Filled Under:

Isteri Menggigil Ketakutan, Melihat Suami Yang Dikebumikan Setahun Yang Lepas Mengetuk Pintu Rumah




Penduduk di sebuah kampung di Yogyakarta, Indonesia gempar selepas seorang lelaki yang sudah setahun dikebumikan tiba-tiba pulang ke rumahnya
Isteri, anak lelaki serta penduduk kampung terkejut selepas melihat Waluyo, 65, yang dipercayai telah mati dalam satu kemalangan jalan raya pada Mei 2015 tiba-tiba muncul semula.
Difahamkan, lelaki tersebut telah menghilangkan diri kerana malu selepas gagal mencari pekerjaan. Setelah beberapa bulan menghilangkan diri, keluarga Waluyo memerima berita yang Waluyo telah terlibat dalam satu kejadian langgar lari dan meninggal dunia.
Menurut isteri Waluyo, Alim Eskatinah, dia yakin mayat yang dikebumikan oleh mereka sebelum ini memang Waluyo.
Selepas tersebarnya berita kepulangan Waluyo, ada penduduk kampung yang melawat kuburnya untuk melihat sama ada kubur itu berlubang atau tidak.
Pada awalnya, keluarga Waluyo ragu-ragu untuk menerima kepulangannya namun selepas diajukan beberapa soalan barulah mereka yakin.
Seorang jiran Alim, Yani memberitahu, dia menggigil ketakutan apabila melihat Waluyo mengetuk pintu rumahnya.
Sumber: Harian Metro




0 ulasan:

Catat Ulasan