Khamis, 11 Ogos 2016

Filled Under:

Video Ngeri Apabila Atlet Angkat Berat Terkehel Siku



ANDRANIK Karapetyan mengalami kecederaan apabila siku kirinya terkehel ketika saingan kategori 77 kilogram (kg) lelaki di Olimpik Rio. - Foto AFP RIO DE JANEIRO: Atlet angkat berat Armenia, Andranik Karapetyan dikejarkan ke hospital selepas sikunya terkehel ketika saingan kategori 77 kilogram (kg) lelaki di Olimpik Rio. Atlet berumur 20 tahun itu dalam pemburuan pingat gangsa apabila dia cuba melakukan angkatan 195kg dalam acara clean and jerk. Ketika sedang cuba melakukan angkatan, tulang siku kirinya kelihatan terkeluar dan Karapetyan menjerit kesakitan sebelum diberi bantuan di atas pentas oleh pasukan kejurulatihan. Tidak lama selepas itu, dia kemudian dibawa menaiki ambulans 
menggunakan pengusung, dengan beberapa rakan pasukannya dan pegawai Armenia kelihatan sedih. Acara itu dimenangi atlet Kazakhstan, Nijat Rahimov sementara Lyu Xiaojun dari China membawa perak manakala Mohamed Mahmoud dari Mesir memperoleh gangsa. Kejadian itu berlaku selepas atlet angkat berat wanita China terlepas barbell yang diangkat seberat 118kg dan terjatuh di belakang kepalanya. Insiden itu berlaku dalam saingan 69kg wanita. - AFP






0 ulasan:

Catat Ulasan